Sunday, February 22, 2009

PAKEJ UMRAH TERMURAH 2009







































































Mengenali Kami




Syarikat G-Hard Travel & Tours Sdn. Bhd. telah mula beroperasi dengan nama Ghard Resources sejak 5 tahun yang lalu iaitu pada tahun 2003. Dengan permintaan jemaah yang semakin meningkat secara mendadak, kami telah memutuskan untuk menubuhkan G-Hard Travel & Tours Sdn. Bhd. (yang pada mula cadangannya 'Jihad Travel' tetapi tidak diluluskan kerana nama berkenaan dikatakan berunsur 'terrorisme') mula membuka pejabat di Kuantan, Pahang pada tahun 2008 dengan hasrat untuk membawa seramai mungkin jemaah dengan kaedah yang lebih tepat pada landasan aktiviti syarikat.

Kini syarikat yang baru ini telah pun berusia 11 bulan (pada 12 Februari 2009) dan telah pun mendapat kelulusan dari Kementerian Pelancongan Malaysia untuk bergiat secara aktif membawa pelancong dari dalam dan luar negara termasuklah menyediakan pakej-pakej Umrah dan Haji.

Bagi memudahkan urusan semua bakal-bakal jemaah merealisasikan matlamat untuk menunaikan ibadah Umrah dan Haji, kini G-Hard Travel & Tours Sdn. Bhd. telah membuka dan melantik beberapa agensi di seluruh Malaysia termasuklah di Damansara, Petaling Jaya, Sekitar Selangor, Melaka, Johor dan Negeri Sembilan. Selain itu, pihak syarikat juga telah melantik seramai 19 orang wakil kawasan (Jumlah ini mungkin bertambah pada hari ini) bagi setiap daerah untuk membantu mengurus jemaah-jemaah dalam memberi maklumat terkini dan membuat pendaftaran umrah bersama kami.

Petugas-petugas Kami (Mutawwif)

Semua petugas kami adalah merupakan mereka yang telah bergiat aktif dalam bidang yang ditawarkan, sehingga ada di antara mereka yang telah mempunyai pengalaman melebihi 15 tahun. Oleh itu, InsyaAllah segala keraguan para jemaah pasti akan terhakis dengan perkhidmatan yang mampu kami tawar dan laksanakan dari awal perjalanan ke Arab Saudi hinggalah kepulangan para jemaah ke Malaysia.





PAKEJ-PAKEJ UMRAH YANG DISEDIAKAN:-
1) Pakej Ekonomi
2) Pakej VIP dan Eksekutif
3) Pakej Umrah Bersama Selebriti Terkenal


1) Pakej Ekonomi

Pakej ini sesuai untuk semua yang ingin menjejak kaki ke Tanah Suci tetapi sekadar memenuhi keperluan perbelanjaan yang paling minima.
a) Penerbangan: Tempat Duduk Kelas Tetamu
b) Hotel Penginapan Di Madinah :
Fayroz Al Shatta @ Jawharat Al Fayroz (60 Meter)
c) Hotel Penginapan Di Makkah :
Rawabi Bustan, Rawabi Taibah, Karim Hotel, Najd, Jawharat Al Anfal @ Al Sarya (120 Meter)

2) Pakej VIP dan Eksekutif

Pakej ini sesuai untuk mereka yang mementingkan kualiti dan keselesaan ketika melakukan ibadah umrah dan ketika berada di Tanah Suci.
a) Penerbangan: Tempat Duduk Kelas Bisnes
b) Hotel Penginapan Bertaraf 5 Bintang di Madinah:
Dar-Al-Taqwa InterContinental, Dar-Al-Iman-InterContinental, Anwar Movenpick, Elaf Taiba
c) Hotel Penginapan Bertaraf 5 Bintang Di
Makkah : Elaf Kinda, Hilton, Zam-Zam Tower, Dar Al Tawhid

3) Pakej Umrah Bersama Selebriti Terkenal

Pakej ini sesuai untuk mereka yang ingin
melakukan ibadah Umrah bersama artis-artis
kesayangan mereka. Kebiasaannya, artis terbabit akan melakukan pengambaran bagi slot siaran TV. Penerbangan dan hotel penginapan pakej ini adalah sama dengan Pakej Ekonomi di atas.


Mengapa anda patut memilih G-Hard Travel & Tours sebagai Rakan Umrah anda?

1) Nilai untuk wang anda dan perkhidmatan terbaik dengan fleksibiliti harga mengikut kesesuaian bajet anda

2) Pakej kami juga menawarkan hotel penginapan yang selesa, bersih, selamat dan berdekatan dengan Masjid (lebih kurang 60-120 Meter sahaja)

3) Makanan Melayu yang menyelerakan

4) Takaful Kembara RM10 ribu tiap seorang






Sebagai memenuhi banyak permintaan dari mereka yang ingin mengerjakan ibadat tetapi mempunyai kemampuan yang kurang maka kami telah menyediakan 2 pakej yang paling termampu oleh semua rakyat Malaysia.



1) PAKEJ UMRAH TAMBANG MURAH ISTIMEWA - 6 HARI/5 MALAM

PAKEJ KELAS EKONOMI: - *RM 3,999.00 (4 ORANG SEBILIK)

TARIKH PENERBANGAN :
Akan diberitahu kemudian. Penerbangan adalah pada bulan April, Mei dan Jun 2009.

*PENERBANGAN : SAUDI AIRLINES atau PAKISTAN AIRLINES

PENGINAPAN HOTEL DI MADINAH :
FAYROZ MADINAH - 2 MALAM
HANYA 60 METER DARI MASJID NABAWI, MADINAH

PENGINAPAN HOTEL DI MAKKAH :
AL ANFAL - 3 MALAM

TERLETAK KIRA-KIRA 120 METER DARI MASJIDIL HARAM

SARAPAN PAGI/TENGAHARI/MALAM : 3 KALI SEHARI (SEMUA MASAKAN MELAYU



2) PAKEJ UMRAH TAMBANG MURAH ISTIMEWA - 10 HARI/8 MALAM

PAKEJ KELAS EKONOMI: - *RM 4,500.00 (4 ORANG SEBILIK)

TARIKH PENERBANGAN :

1) 14/04/2009 – 23/04/2009 atau
2) 23/05/2009 – 02/06/2009

*PENERBANGAN : PAKISTAN AIRLINES –
PENERBANGAN KUL - KARACHI-JEDDAH - KARACHI - KUL


PENGINAPAN HOTEL DI MADINAH :
FAYROZ AL SHATTA @ JAWHARAT FAYROZ MADINAH - 3 MALAM

HANYA 60 METER DARI MASJID NABAWI, MADINAH

PENGINAPAN HOTEL DI MAKKAH :
KARIM HOTEL @ AL SARYA - 5 MALAM

TERLETAK KIRA-KIRA 120 METER DARI MASJIDIL HARAM (LEBIH KURANG 50 METER DARI ELAF KINDA CRESCENT HOTEL)

SARAPAN PAGI/TENGAHARI/MALAM : 3 KALI SEHARI (SEMUA MASAKAN MELAYU)

ATURACARA LAWATAN DAN ZIARAH

Di Madinah, ahli-ahli rombongan jemaah akan dibawa melawat dan menziarahi ke tempat-tempat bersejarah seperti berikut:
1) Masjid Nabawi
2) Makam Rasullullah S.A.W,
3) Makam Saidina Abu Bakar R.A
4) Makam Umar Al-Khattab R.A.
5) Raudhah
6) Makam Syuhada
7) Jabal Uhud
8) Masjid Quba
9) Masjid Qiblatain
10) Kilang Mencetak Al-Quran
11) Ladang Kurma dan berakhir di Pasar Kurma.

Manakala di Makkah ahli-ahli jemaah akan dibawa melawat di sekitar Makkah, Arafah, Muzdalifah dan Mina sehingga berakhir di Ja’aranah. Antara tempat-tempat yang bakal dilawati dan diziarahi ialah:
1) Masjidil Haram
2) Kaabah
3) Makam Siti Khadijah A.S.
4) Padang Arafah
5) Mina (3 Jamrah)
6) Jabal Rahmah
7) Jabal Thur


HARGA-HARGA PAKEJ DI ATAS TERMASUK:-
1) Tambang tiket penerbangan Saudi Airlines atau Pakistan Airlines termasuk cukai lapanganterbang, insuran penerbangan dan fuel surcharge.
2) Hotel penginapan sebilik bagi 4 orang bagi semua hotel-hotel yang dinyatakan di atas bergantung kepada harga pakej yang dipilih
3) Sarapan pagi, tengahari dan malam di hotel sepanjang berada di Tanah Suci
4) Pengangkutan menggunakan Bas berhawa dingin semasa di Tanah Suci
5) Ziarah bagi semua tempat yang dinyatakan di Madinah dan Mekah kecuali tempat-tempat yang tidak termasuk di dalam pakej
6) Perkhidmatan Mutawwif
7) Kursus Umrah selama 1 hari (4 jam) bagi setiap ahli rombongan
8) Beg sandang dan beg pakaian Executive bagi setiap ahli rombongan Umrah
9) Air Zam-zam sebanyak 10 liter bagi setiap ahli rombongan
10) Tag Pengenalan Nama ahli-ahli rombongan dan Tag Bagasi

Harga-harga Pakej Tidak Termasuk:
1) Visa Umrah
2) Perbelanjaan persendirian di Tanah Suci
3) Bil Telefon di Hotel penginapan
4) Bil Perkhidmatan Dobi
5) Perlindungan Insuran Takaful Kembara
6) Pembungkus plastik botol air Zam-zam
7) Tips pemandu pelancong
8) Kos lebihan bagasi yang dibenarkan
9) Lain-lain kos perjalanan yang diatur sendiri oleh ahli jemaah

Syarat-syarat dan Terma Penempahan Pakej Umrah

1) Harga yang dinyatakan adalah termasuk 10% service charge dan 5 % service tax
2) Bayaran tempahan Pakej boleh dibuat secara tunai, Cek Berpalang atau Bank Draft atas nama G-HARD TRAVEL & TOURS SDN. BHD.

Syarat-syarat Tempahan:
1) Deposit untuk tempahan: Kelas Ekonomi RM300.00 seorang
Semua baki Bayaran hendaklah diselesaikan 30 hari sebelum tarikh penerbangan
2) G-Hard Travel & Tours Sdn. Bhd. berhak membatalkan tempahan sekiranya baki bayaran tidak dapat diselesaikan mengikut tempuh yang ditetapkan.

Syarat-syarat Pembatalan Penempahan dan Pemulangan Wang Deposit Tempahan:
1) Kurang dari 30 hari dari tarikh penerbangan - RM500.00 seorang
2) Kurang dari 14 hari dari tarikh penerbangan - 50 peratus dari jumlah bayaran akan dikembalikan.
3) Kurang dari 7 hari dari tarikh penerbangan - Tiada bayaran akan dikembalikan

DOKUMEN-DOKUMEN YANG DI PERLUKAN UNTUK PENEMPAHAN:

1) Senarai nama dan salinan Kad Pengenalan ahli-ahli rombongan
2) Passport Antarabangsa yang masih sah laku selama 6 bulan atau lebih dan mempunyai sekurang-kurangnya 6 mukasurat yang kosong
3) Gambar warna ukuran passport sebanyak 4 keping 4cm x 6 cm (berlatar belakangkan warna putih)
4) Buku Akuan suntikan Meninggitis ACWY150
5) Surat Nikah bagi suami isteri dan Sijil Kelahiran bagi kanak-kanak bawah 18 tahun
6) Surat Kebenaran dari Suami bagi Jemaah Wanita yang suaminya tidak turut serta mengerjakan Umrah

Semua dokumen-dokumen diatas diperlukan seminggu selepas membuat tempahan.

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi saya:

Khairuddin Hj Abu Hanifah
H/P: 012-4214848.
Pengurus
G-Hard Travel & Tours Sdn. Bhd.
Cawangan Damansara

Atau lawati laman web kami: http://www.goumrah.info


Sepintas Lalu Mengenai Kewajipan Menunaikan Haji Dan Umrah

Ibadat haji dan umrah adalah merupakan Rukun Islam yang kelima, wajib dikerjakan oleh umat Islam yang berkemampuan dari segi perbelanjaan dan kesihatan untuk sampai ke Baitullah, di tanah suci Makkah, sekali dalam seumur hidup. Perintah Wajib mengerjakan Haji termaktub di dalam Al-Quran sebagaimana Firman Allah : Yang bermaksud :-
“Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji Dan
Umrah dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya”.(Surah A-li Imran, ayat 97)

Kebaikan dan Pahala Mengerjakan Umrah dan Haji:-

Hadis Rasulullah s.a.w.,:Yang bermaksud :-
Mengerjakan "Umrah kepada satu Umrah yang lain adalah menghapuskan dosa yang berlaku di antara tempoh keduanya dan haji yang mabrur tidak lain balasannya melainkan syurga". (hadis riwayat Bukhari dab Muslim dari Abu Hurairah)

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH UMRAH!

No comments:

Post a Comment